Tuesday, January 19, 2010

RUMUSAN JURNAL












INTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2002/lai.PDF


Jurnal ini membincangkan sumber teknologi yang sesuai untuk penyediaan bahan pengajaran pembelajaran matematik berasaskan web. Sampel kajian adalah terdiri bahan pengajaran pembelajaran adalah berasaskan topik Pelan dan Dongkan bagi matematik KBSM Tingkatan 5.
Daripada kajian yang dijalankan didapati aktiviti yang dicadangkan adalah berasaskan pendekatan / kaedah pengajaran pembelajaran seperti konstruktivisme, inkuiri penemuan dan kaedah kolaboratif yang memusatkan pelajar dengan guru berperanan sebagai fasilitator di mana aktiviti-aktiviti ini dapat memenuhi pelajar yang berbeza dari segi minat, kebolehan, pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran. Teknologi maklumat dan kommunikasi juga diaplikasikan dalam pembentukan penilaian formatif dan sumatif yang interaktif dan pencapaian pelajar disimpan dalam pangkalan data. Data ini dapat diakses oleh guru dengan serta merta untuk membolehkan tindakan susulan yang berikutnya diambil supaya dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran matematik. Ia juga membolehkan pelajar menggunakan strategi, alat dan teknik khas bagi melengkapkan mereka dengan keupayaan dan wawasan untuk menghadapi masa depan yang pesat berubah dan mencabar. Perisian multimedia yang digunakan ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk pembelajaran individu dengan akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri seperti pautan Tutorial, Penilaian, Fikirkan, Cabaran Matematik dan Pautan Berkaitan.

8 comments:

  1. Matematik dipandang sukar oleh sesetengah pelajar.Bagi menerik minat pelajar dalam subjek ini,guru-guru boleh mencuba teknik yang dicadangkan dalam kajian ini.Menggunakan aplikasi ICT dalam tajuk matematik tertentu yang telah disediakan CD romnya kepada guru subjek yang dikeluarkan oleh unit teknologi maklumat bahagian kementerian pelajaran...

    ReplyDelete
  2. askum,
    pada pendapat saya penggunaan iCt dalam P&p dalam matematik menarik minak pelajar.kerana pelajar kurang minat @ tidak minat dalam pembelajaran matematik terutama bila kerajaan mengamalkan dasar PPSMI. Jadi dengan penggunaan bahan media pengajaran seperti CD dam media elektronik yang lain, penggunaan ICT telah menjadi trend bagi semua guru mempelbagaikan cara pengajaran diera teknologi ini.

    ReplyDelete
  3. ass'kum,
    Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat para pelajar mempelajari sesuatu mata pelajaran khususnya dalam matematik.Oleh itu, betapa pentingnya pengguasaan ICT untuk semua guru agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang celik ICT seiring dengan pembangunan negara.

    ReplyDelete
  4. Perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat sekarang turut memberi kesan dalam pendidikan. Sistem pendidikan yang terbaru mahukan guru mengintegerasikan pengetahuan, kebolehan serta penggunaan ICT dalam proses pengajran dan juga pembelajaran. Tujuan utama adalah untuk membentuk serta melahirkan pelajar yang mampu untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan kemahiran yang diajar dalam kelas. Guru hanya perlu bertindak sebagai fasilitator iaitu memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang betul bagi setiap tindakan.

    Walau bagaimanapun, haruslah diingat, apa yang ingin dicapai melalui penggunaan ICT ini tidak hanya akan tertumpu kepada satu kumpulan pelajar sahaja. bermaksud, hendaklah kita pastikan semua pelajar tidak kira luar bandar atau bandar akan mendapat segala manfaat dan faedah daripada penggunaan ICT tersebut.

    ReplyDelete
  5. Assmkm.... pada pendapat saya, penggunaan ICT dalam P&P khususnya dalam subjek matematik memang begitu penting dan menarik minat pelajar.Di samping itu,kemahiran guru dalam bidang ini juga amat mustahak agar matlamat yang diharapkan dapat dipenuhi.

    ReplyDelete
  6. salam..penggunaan ict dalam subjek matematik juga amat penting.Pelbagai aplikasi boleh diambil dalam merancang proses p& p dengan lebih berkesan dengan menggunakan ict.Sambutan pelajar juga amat menggalakkan dan memjadikan mereka lebih bersemangat untuk belajar.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Penggunaan ICT dalam P&P dalam subjek matematik amat penting selain dapat menarik minat pelajar.Di samping itu,kemahiran guru dalam bidang ini juga amat mustahak agar dapat mengendalikan dengan berkesan.

    ReplyDelete
  8. Sebelum komen nak tanya dulu,kenapa letak amaran pada laman blog?takut saya nak buka.
    ICT dalam p & p memang tidak dinafikan keperluannya dalam pendidkan abad ini,so,mari sama-sama meningkat penguasaan ict.

    ReplyDelete