INTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2002/lai.PDFJurnal ini membincangkan sumber teknologi yang sesuai untuk penyediaan bahan pengajaran pembelajaran matematik berasaskan web. Sampel kajian adalah terdiri bahan pengajaran pembelajaran adalah berasaskan topik Pelan dan Dongkan bagi matematik KBSM Tingkatan 5.
Daripada kajian yang dijalankan didapati aktiviti yang dicadangkan adalah berasaskan pendekatan / kaedah pengajaran pembelajaran seperti konstruktivisme, inkuiri penemuan dan kaedah kolaboratif yang memusatkan pelajar dengan guru berperanan sebagai fasilitator di mana aktiviti-aktiviti ini dapat memenuhi pelajar yang berbeza dari segi minat, kebolehan, pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran. Teknologi maklumat dan kommunikasi juga diaplikasikan dalam pembentukan penilaian formatif dan sumatif yang interaktif dan pencapaian pelajar disimpan dalam pangkalan data. Data ini dapat diakses oleh guru dengan serta merta untuk membolehkan tindakan susulan yang berikutnya diambil supaya dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran matematik. Ia juga membolehkan pelajar menggunakan strategi, alat dan teknik khas bagi melengkapkan mereka dengan keupayaan dan wawasan untuk menghadapi masa depan yang pesat berubah dan mencabar. Perisian multimedia yang digunakan ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk pembelajaran individu dengan akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri seperti pautan Tutorial, Penilaian, Fikirkan, Cabaran Matematik dan Pautan Berkaitan.